Sunday, 3 March 2019

Image result for politeknik kuala terengganu

kod kursus :

DUA6022 ( KOMUNIKASI & PENYIARAN ISLAM )


TAJUK PROJEK :
AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN  MASYARAKAT.BINCANGKAN CARA MENGATASI BERLELUASANYA MASALAH INI.

NAMA PENSYARAH :
USTAZ HAJI MOHD ZUKY BIN HANAFI

JABATAN PENSYARAH :
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

NAMA PELAJAR  :
MOHAMAD FAHMI IZAAN BIN SAKRI    12DEP16F2003

PROGRAM : 
DEP

KELAS :
 DEP 5A

SESI : 
DISEMBER 2016

ISI KANDUNGAN :


1) Objektif 

2) Pengenalan
3) Penghargaan
4)Pengertian khurafat
5) Pengertian syirik
6) Cara menjauhi perbuatan syirik
7) Hukuman mempercayai khurafat dan syirik
8) Amalan khurafat dan syirik yang mempengaruhi penonton dan masyarakat
9) Kesan-kesan filem berunsurkan khurafat atau syirik kepada akidah masyarakat
10) Langkah menangani khurafat dan syirik
11) Cara-cara mengatasi amalan khurafat dan syirik yang mempengaruhi penonton dan masyarakat
12) Senarai filem, drama atau sebarang audio visual yang mengandungi unsur-unsur keramat,      khurafat, tahyul, kebudayaan karut atau ghaibiyat
13) Rujukan 
14) Lampiran
15) Kesimpulan

OBJEKTIF :

  • Menyedarkan masyarakat tentang keburukan amalan syirik dan khurafat. 
  • Memberi pengetahuan yang luas dan penjelasan yang terperinci tentang amalan syirik yang semakin berleluasa.
  • Menyampaikan pesanan kepada masyarakat supaya tidak terikut dengan amalan syirik dan khurafat yang ditunjukkan di dalam filem.

PENGENALAN :


Pada masa kini, kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan dalam filem. Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini telah mengundang kealpaan dalam diri manusia yang terlalu mengejar keuntungan semata-mata. Tidak salah seandainya mahu berhibur namun, seseorang perlu tahu batas yang ditetapkan. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur komedi, romantik, aksi mahupun seram.

           Berbincang mengenai hiburan ini, isu yang ingin diutarakan ialah unsur-unsur khurafat dan syirik dalam Islam terutamanya di dalam filem yang kebanyakkannya merosakkan akidah umat Islam. Di antara filem yang mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah filem berbentuk seram. Keadaaan ini dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur seram ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, kutipan jualan tiket mendapat sambutan hangat berbanding filem bercorak kerohanian. Situasi ini telah menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram.

               Oleh itu, dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi, perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tdak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Penggiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah S.W.T. Ingatlah bahawa Allah S.W.T merupakan pencipta sekalian makhluk. 


PENGHARGAAN :

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM ini. Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “CARA MENGATASI BERLELUASANYA AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN JUGA MASYARAKAT”. 

     Selain itu, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Ustaz Saiful Nizam kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

PENGERTIAN KHURAFAT :
  1. Khurafat adalah perkataan Arab yang diasaskan dari akar kata : خرافات خرافة خرف
  2. Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut.
  3. Di dalam al-Munjid disebut : المضحك الخرف حديث الخرافة افسده اخرفة قسد خرف
  4.  Al-khurafat juga disebut sebagai مطلقا الباطل الحديث percakapan yang tidak betul sama sekali.
  5.  Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat melayu dan pada umumnya diketahui    maksudnya kerana ianya semacam menjadi Bahasa melayu.
  6. Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.
  7. Di dalam kitab Addarul Nadid, yang bermaksud: “Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu hingga sekarang tentang adanya bagi seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh memberi kesan pada kebahagiaan atau kecelakaan manusia. Semuanya itu adalah khurafat. Islam membatalkannya kerana jelas bertentangan dengan tauhid”.

PENGERTIAN SYIRIK :
  1. Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana  seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah S.W.T atau secara sedar mencampur baurkan ke-esaan zat Allah S.W.T dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran islam dalam diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Allah S.W.T.
  2. Adapun menurut sifatnya, syirik terbahagi dalam 3 kelompok besar iaitu:
  • Syirik yang menyelisihi sifat-sifat Allat Ta’ala:
  1.  Syirik Rububiyyah - Menyakini bahawa selain Allah ada yang mempu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.
  2. Syirik uluhiyyah - Menyakini bahawa selain Allah ada yang mampu memberikan mudharat atau manfaat, memberikan syafaat tanpa izin Allah, dan lainnya yang termasuk sifat-sifat uluhiyyah.
  3. Syirik Asma’ Wa sifat  - Menyakini atau percaya kepada makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah Ta’alal, seperti mengetahui perkara ghaib dan sifat-sifat lain yang merupakan kekhususan Rabb kata yang Maha suci.
  • Syirik menurut kadarnya:
1.   Syirik akhbar (besar)
- Iaitu syirik dalam keyakinan, dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama islam.
- Syirik dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah dan isti’anah kepada selain-Nya.
- Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakala melakukan ibadah semata-mata ingin 
mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya.
- Syirik dalam keta’atan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syarikat selain Allah S.W.T atau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam menjalankan syariat dan redha atas hukum tersebut.
- Syirik dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah S.W.T. menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaannya kepada Allah S.W.T.

2.   Syirik Ashghar (kecil)

- Iaitu Riak, hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama islam, akan tetapi mewajibkan pelakunya untuk bertaubat. Riak bukan satu-satunya yang termasuk dalam syirik Ashghar atau Riak memang termasuk syirik Ashghar namun tidak semua syirik Ashghar berupa Riak.

3.   Syirik Khadi (tersembunyi)
- Iaitu seorang melakukan amal dikeranakan keberadaan orang lain, hal ini pun termasuk dalam Ria’, dan hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama islam, namun pelakunya wajib bertaubat.
  • Syirik menurut tempat kejadian:
1.  Syirik I’tiqodi
- Iaitu syirik yang berupa keyakinan, misalnya menyakini bahawa Allah S.W.T yang menciptakan kita dan memberi rezeki pada kita namun di sisi lain juga percaya bahawa dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang telah digariskan Allah S.W.T kepada kita. Hal ini termasuk syirik Akhbar yang mengeluarkan pelakunya dari agama islam.

2.  Syirik Amal
- Iaitu setiap amalan zahir yang dinilai oleh syariat islam sebagai sebuah kesyirikan, seumpama menyembelih haiwan (atau makhluk Allah lainnya) untuk selain Allah, dan bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.

3.  Syirik Lafzhi
- Iaitu setiap lafaz yang dihukumi oleh syari’at islam sebagai sebuah kesyirikan, seperti bersumpah dengan selain nama Allah, seperti misalnya, “Tidak ada bagiku kecuali Allah dan engkau”, dan “Aku bertawakal kepadamu”, “kalau bukan kerana Allah dan si fulan maka tak akan begini dan begitu jadinya”, dan lafaz-lafaz lainnya yang mengandungi unsur kesyirikan (menyekutukan Allah S.W.T).

CARA MENJAUHI PERBUATAN SYIRIK :
  1. Sentiasa mengingat dan menyakini kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T yang telah menciptakan langit dan bumi beserta isinya yang sempurna.
  2. Sentiasa mengingat dan menyakini bahawa Allah S.W.T telah menciptakan jin dan manusia tidak lain hanya untuk menyembah atau beribadah kepadanya.
  3. Sentiasa menggunakan akal fikiran yang benda mati atau makhluk hidup adalah ciptaan Allah.
  4. Menyakini bahwa agama islam adalah agama yang paling sempurna dan telah diakui kesempurnaannya itu oleh Allah S.W.T.

HUKUM MEMPERCAYAI KHURAFAT DAN SYIRIK :

Hukum mempercayai adanya keramat, khurafat, tahyul dan kebudayaan karut adalah syirik, kerana menganggap perkara-perkara boleh mendatangkan manfaat, selain daripada kekuasaan Allah S.W.T (Yunus : 106)” : “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim.”

            Maksud hadith Nabi saw pula : “Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Para sahabat bertanya, Apakah tujuh perkara itu ? Baginda menjawab : Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, Bab 44, hal.33) Perkara-perkara berbentuk ghaibiyyat pula adalah wajib diimani. Namun semua perkara ghaibiyyat yang tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan al-Hadith adalah dilarang dipapar dan diceritakan.

AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT :

  • Mendirikan Rumah Baru
  1. Antara syarat dan adat istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi/emas/tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.
  2.  Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh bomoh, kononya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan penghuni rumah itu.
  • Upacara menurunkan perahu/kapal yang baru ke laut

  1. Upacara ini di lakukan oleh bomoh dengan harapan perahu/kapal tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara dilakukan dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi di separuhdan mantera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.

  • Kenduri Tolak Bala

  1. Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.
  2. Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua dengan syarat:  i.  Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis tersebut.  ii. Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.

  • Upacara Persandingan

  1. Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama dan Dewi Sita.
  2. Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan Mak Andam sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Bomoh sebagai pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini diarak dan di sanjung serta di puja sepertimana orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewa Sita, dengan sebab itulah pengantin baru digelar sebagai raja sehari.

  • Mengandung/ kelahiran bayi
  1. Sebelum ibu melahirkan anak, bidan di jemput untuk mengadakan upacar lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan dibuat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal berwarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.


KESAN-KESAN FILEM BERUNSUR KHURAFAT ATAU SYIRIK KEPADA AKIDAH MASYARAKAT :

Perkara yang membawa terpesong akidah
  1. Terdapat satu babak dalam filem “maut” yang memberi gambaran tentang kehidupan selepas kematian dan siksaan-siksaan yang akan berlaku. Ia dikhuatiri boleh memesongkan akidah kerana penonton akan menganggap siksaan yang berlaku adalah benar-benar seperti yang digambarkan.
  2. Bentuk sihir yang ditayangkan seperti pemujaan benda ghaib atau bacaan yang tidak difahami merupakan adaptasi perlakuan syirik oleh penonton. Malah, penonton juga sedikit sebanyak turut meniru perlakuan tersebut.
  3. Ramai masyarakat Malaysia yang tidak memahami dan mengamalkan konsep tauhid yang sebenar. Media pula seringkali mempertontonkan kepada masyarakat bahawa makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa luar biasa yang tiada tolok bandingnya seolah-olah menidakkan kuasa yang Maha Besar; Allah Taala. Masyarakat terpimpin untuk pergi menemui dukun apabila ditimpa satu musibah rentetan daripada kebolehan luar biasa jin ini. Ini menyebabkan masyarakat lebih menakuti makhluk ini berbanding takutkan Allah Taala.
  4. Memperbodohkan masyarakat Islam tidak menerima apa jua perkara yang boleh memperbodohkan masyarakat termasuk memvisualkan jin dan syaitan dalam bentuk drama atau filem. Momokan mitos yang disiarkan tidak menyumbang kepada pembentukan insan. Bahkan drama dan filem seram yang keterlaluan amat berbahaya kerana ia boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah.
  5. Cerita-cerita tahyul dijadikan hiburan semata-mata dan tidak memberi faedah kepada masyarakat  kerana elemen rekaan yang disampaikan terlalu sarat berbanding moral yang hendak disampaikan. Masyarakat juga memandang ringan perkara yang boleh membawa kepada syirik. Ini menyebabkan manusia mengambil ringan permasalahan akidah dan hidup hanya untuk bersuka ria.
  6. Pengaruh kepada kanak-kanak, kanak-kanak belajar daripada pemerhatian. Televisyen merupakan pengaruh terbesar kepada kanak-kanak yang memberi kesan dari aspek tingkah laku yang ditonjolkan, pemahaman dan percakapan. Ia menyebabkan kanak-kanak terikut-ikut dengan perkara tahyul ini dan memberi kesan kepada mereka di masa akan datang.
  7. Mengeksploitasi media sebagai sumber ilmu yang salah Rakyat Malaysia mudah terpengaruh, megikut dan mengambil jalan pintas dan menggunakan medium yang salah untuk mencapai kemewahan. Dengan filem dan drama sebegini mengajar masyarakat menggunakan ilmu sihir untuk tujuan tertentu contoh santau, ilmu hitam, bomoh dan berunsur khurafat berpunca dari hasad dengki atau untuk kepentngan diri sendiri.
  8. Masa yang dipertontonkan tidak sesuai Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi umat islam. Malam yang penuh barakah ini tampak ‘mesra’ di kalangan umat Islam khususnya sebagai malam yang seram lagi menakutkan syarikat-syarikat produksi filem yang mengeluarkan lambakan cerita-cerita ‘hantu’ dan seram kepada syarikat televisyen perdana menyumbang kepada budaya negatif seperti meminta izin ketika melalui pokok besar dan sebagainya. Menambahkan lagi perisa dan rencah kepada ‘penghayatan’ cerita ini, sudah tentu slotnya ditayangkan pada malam Jumaat, malam yang kononnya amat ‘mistik’ bagi penggemar-penggemar alam mistik. Amat malang sekali apabila malam yang sepatutnya diisi dengan fadilat kebesaran hari Jumaat, siri-siri diskusi ilmiah dan slot-slot tazkirah diganti dengan pengisian mitos dan melalaikan.


LANGKAH MENANGANI KHURAFAT DAN SYIRIK
  1. Melengkapkan diri dengan kefahaman islam yang sebenar.
  2. Menyebarkankan agama islam.
  3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang.
  4. Program pemulihan akidah. 

CARA-CARA MENGATASI AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT : 

1) Peranan Kerajaan
  • Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahayanya amalan syirik dan khurafat terhadap diri,  masyarakat, agama dan negara.
  • Kerajaan juga perlu meletakkan topik “AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK” dalam buku-buku   agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.
2) Peranan Masyarakat
  • Masyarakat melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan iaitu  seorang yang musyrik.
3) Peranan diri sendiri
  • Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang besar terhadap semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengenal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka.
4) Mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara
    khurafat.

5) Menggiatkan dakwah majlis ilmu dilapisan masyarakat.

6) Menyebarkan masalah yang mengandungi keburukan khurafat.



SENARAI FILEM, DRAMA ATAU SEBARANG AUDIO VISUAL YANG MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR KERAMAT, KHURAFAT, TAHYUL, KEBUDAYAAN KARUT ATAU GHAIBIYAT :


Filem seram tempatan “Dukun” arahan pengarah hebat Dain Said ini sememangnya dinanti-nanti oleh ramai pada tahun 2007. “Dukun” merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Ideis dan Mona Fandey yangdidakwa seorang pengamalilmu hitam.

SCENE DALAM KL ZOMBIE :


Walaupun itu hanya lakonan, tetapi dilakonkan dalam reality seperti ini, boleh membawa kepada syirik.


Filem yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini mendapat kritikan 
hebat daripada negara-negara islam didunia berikutan memaparkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh yang
sememangnya bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).





LAMPIRAN :


















KESIMPULAN :

Berdasarkan penerangan yang serba ringkas ini, dapatlah disimpulkan bahawa tindakan media mempopularisasikan alam mistik telah melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh syarak secara khususnya dan menyalahi undang-undang penyiaran secara amnya. Perkara ini jelas memberi kesan negatif kepada masyarakat. Masyarakat muslim yang sepatutnya dididik dengan mengagungkan keesaan Allah akan bercabang pemusatan akidah tanpa sedar. Oleh yang demikian, pihak berkuasa seharusnya memandang serius kesalahan ini dan mengambil tindakan secara drastic. Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali memsyirikan Allah. Kita juga janganlah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.

CONTOH VIDEO TENTANG AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM MASYARAKAT :



















































































































No comments:

Post a Comment